Lirik Lagu Sumpah Cintaku -Asfan Shah (OST Titian Cinta)

Assalamualaikum dan Hai Lirik Lagu Sumpah Cintaku -Asfan Shah (OST Titian Cinta) | Macam biasa tiap kali ada masa free sikit aku r...

Assalamualaikum dan Hai

Ost titian cinta


Lirik Lagu Sumpah Cintaku -Asfan Shah (OST Titian Cinta) | Macam biasa tiap kali ada masa free sikit aku rajin bukan Youtube. Dengar lagu-lagu baru dan tengok video yang trending. Tengah scroll terjumpa lagu Asfan Shah ni bertajuk Sumpah Cintaku. Bagi aku, suara Asfan Shah ni tak pernah mengecewakan dan best untuk didengar oleh telinga aku. Lagu-lagu Asfan banyak dijadikan Ost Untuk drama di tv antaranya lagu Kisah Cinta, Semua Tentang Kita, dan Terhenti disini.

Pada kali ni pulak, Lagu baru Asfan Shah ni dijadikan OST untuk drama terbaru TV3 yang bertajuk Titian Cinta . Titian cinta adalah drama slot Samarinda yang ditayang mulai Isnin ni jam 7malam.Drama ni seperti biasa diadaptasi dari novel Titian Cinta karya Ridhya Iman terbitan Idea Kreatif.  Pelakonnya adalah Zul Ariffin, Farah Nabilah dan Daler Yusof. Zul Ariffin mungkin akan jadi sebab utama aku nak tengok drama ni kot. Taktahu lah sempat tengok ke tak sebab selalu malas nak layan drama jam 7 ni takut melarat2.hihi.Jom tengok sinopsis drama ni. Macam seronok je untuk ditonton. 😘

SINOPSIS TITIAN CINTA

Asfan shah



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Sumber : FB Titian Cinta


Lirik Lagu Sumpah Cintaku | Asfan Shah




Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Lambaian mu di dalam mimpi
Bayangan senyum bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belah lah jasad ku
Tirai kenangan ku
Pasti akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta ku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Belah lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpah ku hanya kau disisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cinta ku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
huooo... ooo...
(sumpah cintaku hanya padamu)
..............................................................
Sumpah cintaku hanya padamu
Sumpah cintaku hanya padamu



"Andai Kemaafan Penyembuh kelukaan
Cinta di hati kita tidak perlukan ungkapan"

You Might Also Like

6 komen

  1. Selamat pagi ahad cik renex


    apa khabar pagi ahad ni srapan masak sendiri ke kat luar?

    ReplyDelete
  2. Cik Renex pun minat kat Asfan Shah ke?Samalah.Aku pun minat jugak dekat Asfan Shah nih sebab suara dan lagu-lagu dia semua best.

    ReplyDelete
  3. Cinta hati Mama pada 2 orang anak lelaki yang cepat membesar ni

    Nak tengok drama pun tak sempat

    ReplyDelete
  4. Lokman pon minat jgak dgn lagu ni...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum dan haii! :D
    Untuk pengetahuan awak, Nisha sudah tag awak untuk satu segmen ya <3
    Segmen itu sangat simple dan ada hadiah yang merupakan hadiah misteri serta wang. B)
    Jemputlah join yaa bila ada masa nanti ^^
    Lagi ramai lagi meriah! hehe :*

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-paling-mudah-menang-hadiah.html

    ReplyDelete
  6. Dah isnin cik renex. Semoga hari ni Allah lancarkan urusan kita semua dan masukkan kita dalam golongan yang berjaya

    Amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)