[bycikrenex] Siapa peminat Elyana?

November 03, 2016

Siapa blogger sini minat dengan Elyana? Elyana popular dengan lagu Niat, Kalis rindu, Tak tercapai akalmu, Diriku Tapak Sulaiman dan banyak lagi lagunya. Masih ingat tak lagi dengan dia. Drama dia yang paling aku minat dan layan drama Dunia Baru. Watak Opie tu memang berkesan gila sampai terikut-ikut nak pakai style elyana tu. Masa budak2 lagi kan masa tu. Memang ikut habis la style dia mana yang boleh ikut lah.


Dan, sabtu baru ni kat tempat aku ada wat Fiesta Bera 5 . Malam tu ade konsert perasmian dan ramai jugak artis yang buat persembahan. Antaranya Elyana, Sandra, Sufian Suhaimi, A Rahman Hassan, Ani Mayuni, Safura dan Projector Band. Aku nampak je elyana datang memang terus niat nak bagi something kat dia. Contact admin group elofc dan suruh admin inform kat Elyana yang Cik Renex nak bagi something kat dia. Elyana cakap dia akan tunggu. Hoyeah. Happy gilerrr dah dapat green light. Masa malam tu Hujan ,bila pergi bilik artis tu tanya ada elyana tak,dieorang cakap takde lagi. Pelik dah. Last2 try DM dia kat IG. Elyana replyyyy. Rasa macam tak percaya dia reply DM. Hikhik . Selalu dia reply komen kat IG je sekali try DM terus balas. Hehe.


Dan akhirnya dapat jumpaaa Elyana. Seriously Elyana cantikkkk sangat dan mesra sangat even baru first time jumpa. Hai opieeee.




Cik Renex hadiahkan bantal ni untuk Elyana. Happy bila tengok dia happy dapat bantal ni. Last minit siapkan. 


Keychain ni pulak untuk Elyana satu dan anak dia satu, Cinta.


Kita nebes selfie ngan retis. Gegor terus gambar. Haha



Thank you En Suami Elyana jugak sebab sudi melayan dengan baik dan amikkan gambar.




Elyana update dekat IG. ☺ jom follow Ig Elyana. :) Dia aktif kat Instagram.Happy sangat dapat jumpa Elyana. Memang minat dia dari zaman sekolah lagi. All the best Elyana.


Eh.kalau ada sesiapa nak tempah bantal boleh whatsapp 017-7944891 . Design sendiri boleh. Nak mintak pandangan design dari Cik Renex pun boleh. Meh2 order ngan bycikrenex.

You Might Also Like

20 komen

  1. wahh dapat jumpa elyana bestnye.. Akak minat jugak elyana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.retis zamn kite dulu2..dpt jgk jmpe die..
      hee

      Delete
  2. wahh... sporting betul kan asben dia :D

    ReplyDelete
  3. Berlindung disebalik wajah selamba ~ Eh ternyanyi pulak dkt sini hehehe. Dulu hafal kot semua lagu elyana ni. skrg ja mcm dah kurang sgt kan nmpk dia dkt tv ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Renex baca pun sambil nyanyi nih. Hehe. Haah dia kurang sikit kat tv. Nanti inshaAllah keluar lagu baru.

      Delete
  4. Minat giler ngan elyana! Zaman tu mai darjah 6, lagu tak tercapai akalmu popular abis, dengar pakai walkman,hahahaha. nostalgia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nostalgia sangattt. Rindu pulak zaman dulu2 nih. :)

      Delete
  5. Lama dah tak Nampak elyana kat TV... manis yer orang nyer.. bantal tuh pun manis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe tak lama lagi dia kuar tv plak.hee. dia aktif kat Instagram..

      Tq awkk. :)

      Delete
  6. Cantik tengok Elyana.. Reen minat pun x.. Tak minat pun x. Tapi.. Reen suka dengar lagu2 die :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah reen. Cantik dia. :) lagu2 dia best kan.

      Delete
  7. Eyhh2 org Bera ke ni, sekapal la kita ye... Cikna kbtln g sini jgk tp hari jumaatla xbnyk retis pun...'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer cikna. Orang bera. :) jumaat ada artis yang jual2 .

      Delete
    2. Yer cikna. Orang bera. :) jumaat ada artis yang jual2 .

      Delete
  8. minat jugak.suka dgr lgu x tercapai akalmu..ehh..kite nk jugk keychain free..mana aci..hahaha..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Subscribe