Tuesday, October 3, 2017

Beli coklat di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir

Assalamualaikum dan Hai

Beli coklat di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir | Selepas berjalan-jalan dan bergambar sakan di buaian viral Pantai Batu Buruk , kami sekeluarga bercadang ke Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir  Kakak CR yang semangat nak perginya sebab nak beli coklat katanya. Pada mana yang belum tahu, awal bulan Ogos baru ni, Tasik Kenyir dijadikan salah satu zon bebas cukai seperti Langkawi, Padang Besar, dan Rantau Panjang. Sebab tu lah kakak CR beriya-iya nak ke sana tapi kami tak bagi kata putus samada nak pergi ke tak dan masa hari kejadian akhirnya pergi juga. hehe. Dari Kuala Terengganu lebih kurang 55km , tak jauh mana jugalah. Kami pergi kesana dengan khidmat Waze. Terima Kasih waze dan maps yang sangat membantu.  

Tasik Kenyir sebenarnya salah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir ini merupakan tasik buatan manusia diantara yang terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil dari Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Terdapat 340 buah pulau buatan manusia di tasik ini. Pulau-pulau ini asalnya adalah bukit, tetapi kini telah ditenggelami oleh air disekelilingnya sehingga membentuk pulau.
Selain pulau, ada 30 batang sungai mengalir di Tasik Kenyir dengan 25 jeram dan air terjun yang didiami lebih 25 spesies ikan air tawar.
Tasik ini juga menyimpan 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuhan, 1000 spesies burung dan 800 spesies rama-rama.

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Kuala Terengganu
[ Ruang parkir kenderaan yang luas]




Kuala Berang

Disini ada perkhidmatan bot untuk bersiar-siar menikmati keindahan di sekitar Tasik Kenyir ni.  Menurut apa yang CR baca, di Tasik Kenyir ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan memerlukan beberapa hari jika hendak meneroka semua tempat tu. Dalam gambar diatas juga kedai menjual cenderamata yang boleh dibeli sebagai kenangan seperti tshirt,beg dan pelbagai lagi.


Kuala Berang
[ Kedai Coklat ]

Tujuan utama adalah kedai ini sebenarnya. Kami kesini pada hari jumaat dan sampai dalam jam 11.30. Masa CR masuk tu ramai sangat orang tempatnya kecil jadi memang sesak lah. Masa tengah nak membeli tu nampak pekerja dia macam nak tutup kedai dah. Lupa yang hari tu hari Jumaat dan mereka perlu tutup kedai jam 12.30 untuk menghormati masa sembahyang Jumaat. Nasib la cepat kami datang sini kalau tak kena tunggu lama sampai dibuka semula.

Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir
[ Hasil tangkapan dalam masa beberapa minit ]

CR tak sempat tengok sangat coklat apa yang dijual lagi sebab nak cepat dan ramai sangat orang. Dah la tak sempat nak pergi ke kedai satu lagi yang jual telekung, pinggan mangkuk, dan minyak wangi. Kecewa jugak. Datang jauh-jauh tapi sempat ke kedai coklat je. Dengar2 cerita ,kedai ni nanti akan dipindahkan ke bahagian lain. Tak tahu la mana tapi still dalam Tasik Kenyir lagi lah. Mungkin dipindahkan ke lain tempat yang menggunakan perkhidmatan bot. Mungkin dengan itu akan memajukan lagi perkhidmatan bot. CR pun tak sure betul ke tak ditukarkan. Dengar2 je orang cakap.


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kuala Berang
[ Sempat posing dulu ]
Sebelum balik, harus lah posing dulu dengan air Tasik Kenyir di belakang tu. Cantik sangat tempat ni sebenarnya. Selain kedai coklat ni ada juga Waterpark Kenyir tapi masa kami datang tu waterpark tersebut dalam proses renovation. Mungkin lain kali kalau ada rezeki, CR datang ke sini semula.  CR sekeluarga juga sempat makan tengahhari kat sini. Sedap dan murah makanan di Terengganu ni. Nama kedai yang CR makan tu  dah lupa sebenarnya tapi ada tulis Mr. Baung. Boleh la makan disitu nanti yer.

Sebelum tamat, CR ingin kongsikan tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir. Manalah tahu kot2 ada yang berminat nk bercuti di Tasik Kenyir kan. 😊

 Tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir


Santuari Kelah di Sungai Petang
Santuari Kelah Sungai Petang adalah tempat pemuliharaan ikan kelah yang terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke santuari ini dari Pengkalan Gawi mengambil masa 40 minit menggunakan bot laju.

Air Terjun
Antara tarikan utama juga di Tasik Kenyir adalah air terjun air terjun. Ada 5 lokasi air terjun yang popular disini iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.
Air Terjun Lasir adalah salah satu air terjun paling terkenal, kerana ketinggiannya mencecah 500 kaki.

Gua Bewah dan Gua Taat
Selain itu ada juga beberapa gua yang menjadi tarikan di Tasik Kenyir. Antaranya Gua Bewah dan Gua Taat. Di sini, para pengkaji sejarah telah menemui tinggalan sejarah dari zaman pra sejarah seperti rangka manusia, senjata dan peralatan memasak purba.

Gunung Gagau
Jika anda suka mendaki, Gunung Gagau mungkin tempat sesuai untuk anda melepaskan ketagihan. Apabila tiba di puncak, anda dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri –Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Taman Herba di Pulau Sah Kecil
Jika anda sukakan sayuran serta herba, anda boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir. Terletak di Pulau Sah Kecil, anda perlu menaiki bot laju selama 15 minit dari Pengkalan Gawi.
Tapi awas. Bersedialah dengan kasut yang baik kerana taman ini luasnya lebih 15 hektar, dan terdapat lebih 26,000 pokok herba untuk anda lihat dan kaji.

Memancing
Untuk kaki pancing, Tasik Kenyir adalah syurga ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang boleh dipancing disini adalah toman, baung, sebarau, sehinggalah kepada kelisa.
Dan lokasi terkenal kaki pancing adalah di kawasan Sungai Cacing, Sungai Tembat dan Sungai Leban.

Taman Burung
Terdapat juga disini Taman Burung yang dihuni oleh pelbagai spesies burung dengan berkonsepkan langit terbuka tanpa jaring. Anda berpeluang untuk memberi makan kepada burung-burung disini.

Aktiviti Berkhemah
Di Tasik Kenyir juga sesuai dijalankan aktivti perkhemahan. Berikut adalah beberapa tapak perkhemahan yang disediakan disini.
Tapak perkhemahan Gunung Lawit
Tapak Perkhemahan Pulau Poh
Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
Tapak Perkhemahan Lasir
Tapak Perkhemahan Saok
Tapak Perkhemahan Pulau Petang
Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek

Sukan Air
Jika anda sukakan aktiviti lasak, atau sukan air, jangan risau. Di sini anda juga boleh menunggang jet ski, kayak, kenu, bersampan atau berakit. Untuk menginap, anda boleh tidur di rumah bot.


32 comments:

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

  1. Banyak juga aktiviti yang boleh dibuat kat situ.... tempat ada air ni memang menenangkan kalau pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah NA, CR pun baru tahu jugak sebenarnya kat tasik kenyir banyak aktiviti boleh buat. :)

      Delete
  2. Husniey walaupun duk Kuala Terengganu, tak pernah sampai lagi tasik kenyir ni.. hehee

    macam dah makin maju je bolehla nanti jalan jalan

    Thanks for info CR

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh lah husniey pergi pulak. beli coklat banyak2, hee

      Delete
  3. Wishlist Ana tasik kenyir ni. Ada water park kat dekat sana. Bila lah nak sampai sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa reen pergi macam tengah renovate waterpark tu. dan nampak macam dieorg buat jambatan hala ke waterpark tu. nti kalau ana pergi share lak citer kat blog ye

      Delete
  4. byk tempat best tasik kenyir ni... lum sampai lg sini nk tgu reen bawakan... hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tunggu reen bawakan entah bila laaa..hehe

      Delete
  5. baru tahu banyaknua aktiviti dan tempat best2 kat Tasek Kenyir saja. Ingatkan cuma ada seketul tasik and that's it. Kena masuk list tempat2 utk pergi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR sebenarnya pun baru tahu jugak..hee.. bila google rupanya banyak tempat besttt..

      Delete
  6. Waaaaahhhh!!! bestnya!! dahlah banyak aktiviti kat situ, bebas cukai plak itu. Serius saya baru tahu yang tu. ni dah masuk dalam list wajib travel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa wajib..hee. nanti pergi nak kirim coklat taw.hee

      Delete
  7. dulu rasa macam jauh je tasik kenyir ni masa IQ tinggal dekat k.trgnu, tapi sekarang 55km tu rasa alahai, dekatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti leh pergi ajak Qa'id naik bot.hee
      lebih kurang sejam reen gerak dari kuala terengganu.

      Delete
  8. amboi amboi.. sakan borong coklet.. e'in punye ade tak? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsakan sgt ni E'in sbb kedai dah nk ttup. Xleh plih lama2.huhu..

      Alamak.smua da abis .hehe

      Delete
  9. ada zon bebas cukai ye, akak tak pernah sampai lagi ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah baru lagi kak. Bln 8 bru buka. Nanti boleh pulak pergi.

      Delete
  10. Ok tak pernah lagi sampai sana but coklat tu.. Nak jugakkkkk... Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa. Da slmt masuk ke dalam perut semuanya. Hehehe

      Delete
  11. nak pepero ngn fefero rocherrrrrr... ehhh tak tau ejaannyaaaa.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asl btul sebutan ok da tu
      Hehehe..

      Da abis da busyra,jom kite pergi langkawi lak borong coklat.hehe

      Delete
  12. tk pernh smp tasik kenyir..lama xbli coklat kt zon bebas cukai

    ReplyDelete
  13. Serius Siqah tak tahu Tasik Kenyir dah jadi zon bebas cukai πŸ˜…

    ReplyDelete
  14. Me and my family kalau masuk kedai duty free, mmg sebat Kinder chocolate dulu. haha tengok gambar kat atas terus craving.

    ReplyDelete
  15. Dulu ada rancang nak pergi cari sample dgn supervisor kat Tasik Kenyir untuk FYP tapi last-last tukar lokasi, sedih betul. Best rupanya situ... Siap ada DAIM my fav!!!!!

    ReplyDelete
  16. Seronok kan bila ada zon bebas cukai ni. barulah rasa heaven nak beli coklat. coklat daim tu mmg kewajipan. hehe

    ReplyDelete
  17. murah tak CR? mek beli yang kat rantau panjang compare dengan airport memang half price la.

    ReplyDelete
  18. "chocolate!!" -watak ikan dlm citer spongebob yg nk beli cokelat tu XD

    Nisha sejujurnya hantu cokelat. Tapi ramai taktahu huhu T3T

    Anyway, Nisha tag awk untuk satu GA. Jemput join ya ^^

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html

    ReplyDelete
  19. aida pernah ke tasik kenyir. skali aje.
    tapi lama dulu.
    teringin nak gi lagi.
    lelebih skang da upgrade ke pulau bebas cukai.

    ReplyDelete

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡