Saturday, September 30, 2017

Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House

Assalamualaikum dan Hai

View dari Tingkat 19 Falah Guest House


Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House|Minggu lepas ,Cik Renex sekeluarga telah berjalan-jalan ke Kuala Terengganu. Plan ni sebenarnya dah lama kami plan. Homestay pun dah book awal-awal sebab risau semua penuh.


Tapi yang tak seronoknya, beberapa hari sebelum pergi bercuti CR demam dan pipi bengkak. Mulanya ingatkan beguk tapi rupanya kalenjar di bahagian pipi bengkak. Tu pipi membesar dengan jayanya macam pipi doraemon. CR memang takde selera nak makan dan asyik tidur je bila MC tu. CR jugak ada mengalami alahan ,kat badan penuh bintik2 macam kena ulat bulu. Gatal dia hanya tuhan yang tahu. Huhu. Yang pasal gatal-gatal ni nanti CR kongsikan dengan lebih lanjut yer. Tapi hari Khamis tu gagahkan jugak diri pergi kerja sebab dah dua hari bercuti.


CR bergerak ke Terengganu hari Khamis jugak selepas Maghrib dan CR yang drive sebab rasa badan dah okay walaupun pipi bengkak lagi. Perjalanan lebih kurang 5 jam sebab banyak kali berhenti di RnR. CR exit tol Kuala Terengganu dan terus ikot waze ke homestay yang kami tempah tu iaitu Falah Guest House. Homestay yang kami duduk ni tingkat 19 dan sangat selesa dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Sangat sesuai untuk kami berlima ni. Aircond pula disediakan untuk 2bilik.

Bawah ni sedikit gambar keadaan homestay yang diambil dari Instagram Falah Guest House.






Lokasi Homestay ni sangat strategik sebab dekat dengan Pantai Batu Buruk, Pasar Payang dan beberapa tempat menarik lagi. Nak jalan kaki ke Pantai Batu Buruk tu pun boleh. Mana-mana yang tak nak menginap di hotel,boleh lah try stay di homestay ni.



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kalau berminat nak menginap disini boleh la try contact owner nya okay. Ini detailsnya.

FALAH GUEST HOUSE KUALA TERENGGANU


3 bilik 2 bilik air
Ruang parkir berbumbung
Tingkat 19 (wonderful view)
24H security guard *Bilik 1*
Katil Queen, Aircond, Bilik air (water heater🚿)
*Bilik 2*
Katil Queen, Aircond
*Bilik 3*
Katil Single, Kipas dinding
*Dapur*
Peti ais, Oven, Water Filter (panas&sejuk), Toaster
*Ruang tamu*
Sofa, TV, Dvd player, Meja makan *Lokasi strategik!*
Jarak berjalan / Walking distance:
Masjid Ladang🕌
Hospital HSNZ🏨
Stadium Negeri KT
Hotel Sumai🏤
Primula Beach Resort
Pantai Batu Buruk🌊
UniSZA Kampus Bandar📚 
Tarikan berdekatan:
Pasar Payang
Kampung Cina🏮
Dataran Shahbandar 🛳
Terengganu Equestrian Resort(TER) 🏇🎳🏊🏻
Masjid Terapung🕌
Muzium Negeri
Taman Tamadun Islam 🕋
Celup Tepung, Kepok Lekor .

Facebook

Instagram :

Alamat : 
Kampung Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia


16 comments:

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

  1. Replies
    1. Aah IQ. Lupa plak nk mention kat atas tu. Hee

      Delete
  2. menariknya homestay ni... duk atas malas dah nak turun ter...

    ReplyDelete
  3. boleh jumpa kalau tahu awal-awal mai ganu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori tak sempat nak halo2..next time kita wat event utk blogger2..heee

      Delete
  4. wow cantik dan sangat kemassss! sukaaa susun atur diaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer aira.kemas sangat2 .CR pun berkenan. :)

      Delete
  5. memang cantik dan kemas je bilik. lagi2 tema putih bersih. i likee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Masa mula2 smpai pun suka tgk sbb kemas je. Dtg kiteorg abis bersepah sume.haha

      Delete
  6. Memang kenalah entri ini sbb sis pun ada plan ke Terengganu.. Cantik dan bersih homestay ni.. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk tinggal di sini nanti..

    Thanks for sharing CR 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homestay ni jenis apartment sis. Nanti boleh try roger2 owner dia yer. 😊

      Delete
  7. Cantiknya bilik dia. Berapa semalam reen? Boleh ana try kalau blk ganu nanti.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bilik dia. Sangat sesuai kalau travel family.

    ReplyDelete

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡