Saturday, July 29, 2017

Lirik Lagu Nisan Cinta (OST Dendam Aurora)

July 29, 2017
Assalamualaikum dan Hai.

Lirik lagu nisan cinta
Dalam cinta ada misteri, dalam benci ada maruah diri


Lirik Lagu Nisan Cinta (OST Dendam Aurora) | Drama terbaru Astro Slot . Drama ni baru je di tayangkan di Astro Prima 105 dan Maya HD 135 pada 25 Julai 2017. Drama ni ditayangkan setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada pukul 6.00 petang dan kalau tak silap ulangannya pada jam 12 tengah malam. Dari apa yang aku baca drama bersiri Dendam Aurora ini sebenarnya diadaptasi daripada telenovela Itali berjudul Tuscan Passion. Walaupun drama ni dah mula ditayangkan tapi aku tak berpeluang lagi tengok. Harap hujung minggu nanti ada siaran ulangan. Mesti best gila drama ni sebab pelakon yang hebat iaitu Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz. Turut membintangi drama ini termasuklah Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Fezrul Khan, Aedy Ashraff dan ramai lagi lah pelakon lainnya. Nak tahu berapa episod drama ini? 100 EPISOD okay. Puas la nak tunggu ending drama ni nanti.




Sinopsis Drama Dendam Aurora


Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut

Sumber dari sini.


Untuk sesebuah drama,lagu tema atau OST sangat memainkan peranan. Bila lagu kena dengan jalan cerita lagi la kita akan fefeling masa tengah layan drama tu kan. Ke korang tak macam tu?hehe. Bagi drama ni dia memilih lagu Nisan Cinta nyanyian penyanyi hebat Siti Nordiana dan Jaclyn Victor. Dua-dua mempunyai suara yang best dan Siti Nordiana memang penyanyi kegemaran aku dari dulu sehingga selamanya paling comel di hatiku. 

Lirik lagu ost dendam aurora

Lirik lagu Nisan Cinta (OST Nisan Cinta)


Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda

Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda

Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya cinta kita

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Cinta kita selamanya
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta


Untuk tengok video lagu ni boleh la ke Youtube atau klik je link SINI.

Kbai

Friday, July 28, 2017

Promosi #SatuNation Watsons & Watsons Haul by CR

July 28, 2017
Assalamualaikum dan Hai

Watsons Haul | Ada ke orang wat post watsons haul ni? Hiks. Nampak sangat dah takde idea kan. Dah baca belum post sebelum ni yang berkaitan dengan Family Day CR?Mana yang belum boleh klik SINI. Nanti CR sambung Part II. Nantikaaaannnn. Berbalik pada post ni pulak. Watsons ni adalah satu tempat yang CR paling suka pergi. Sebab apa? Sebab drugstore yang boleh dikatakan semua ada apa yang kita cari. Nak cari lipstick? Bedak? Ubat gigi? Vitamin? Bermacam-macam jenis ada. Cuma kita je nak pilih jenama yang mana. Kan?


CR masih ingat lagi masa zaman belajar dulu2 kala. Hujung minggu mesti outing keluar dengan kawan2. Bila dah masuk waktu solat mesti lah kita kena sembahyang. Bila da selesai mula lah pakat ramai2 dengan kawan pergi watsons. Nak tahu watpe? Guna sample yang display tu. Haha. Dari eyeliner ke lipstick. Tak cukup dengan tu,pergi pulak bahagian perfume. Sembur satu badan. Mujur tak kena halau keluar je,tapi nampak la sales girl tu pandang semacam jeeee. Mohon ampun yer. Almaklum lah masa tu muda remaja lagiπŸ˜†

CR dulu ada member jugak yang kerja Supervisor di Watsons ni. Jadi selalu la jugak lepak watsons sambil borak2 dengan dia. Bila ada offer dia akan bagitahu la dan mana brg yang lagi okay dan murah. Tapi sekarang dia dah berhenti kerja situ sebab dapat kerja lain. Jadi sekarang dah jarang la pergi. Pergi bila ada barang nak cari jer.


So, apa yang Cik Renex beli?


Sales

1. Nivea Body Cream (RM20.24)
Ni sebab terpengaruh dengan iklan Siti Saleha & Shukri Yahaya la ni. Haha

2. Sendayu tinggi Doll Skin Foundation (RM 36.23)
Beli sebab nak try. Sebelum ni CR pakai BB cream Pixy,so nk tukar ke ST lak. Tapi macam xsesuai lak dengan muka CR. Baru tiga hari pakai,tgu 2minggu dlu.

3. 2 Pixy 2way Compact powder refill (RM17.85)
CR memang pakai bedak Pixy so bila ada offer untuk 2nd separuh harga,terus beli. Save bajet. Hehe

4. Mask (RM4.13)
Ni sebab cashier tu tanya nak beli yang lain x? Mask ni ada offer PWP. Terpengaruh terus beli. Hahaha

Total RM78.45πŸ™‡



Watsons buat sales sehingga 4 September. Cepat2 pergi tengok kot ada yang berkenan







Boleh klik sini dulu untuk tengok barang mana yang terlibat dengan sales.



Kbye!

Tuesday, July 25, 2017

Hari Keluarga KGK2017 di Fishing Bay Resort Mersing Johor (Part 1)

July 25, 2017
Assalamualaikum dan Hai.

Mersing
View dari bilik resort
Hari Keluarga KGK2017 di Fishing Bay Resort Mersing Johor (Part 1) | Sabtu dan Ahad baru-baru ni tempat kerja Cik Renex telah adakan aktiviti tahunan Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) iaitu Hari Keluarga. Memang tiap-tiap tahun KGK akan anjurkan hari keluarga. Masa tahun 2013 kami ke Pulau Tioman ,seronok sangat sebab memamg tak pernah ke Tioman kan. Masa ni pergi sorang je tak bawa ma lagi. Tahun 2014 ke Perak tapi CR tak join sebab jauh sangat dan CR malas nak drive. Tahun 2015 ke Janda Baik Pahang dan CR masih tak join lagi sebab risau nak drive ke situ. Lagi2 dengan kereta manual. Hikhik. 2016 lak KGK membawa kami ke Port Dickson dan CR bawa sekali mak n cha join. Seronok sebenarnya join Hari Keluarga ni. Baru lah kita kenal suami isteri rakan2 tempat kerja kita kan. Kalau tak masa bila nak jumpanya.


CR gerak dari rumah dalam jam 11.00 pagi. Orang lain gerak awal sebab nak berkonvoi,CR lagi prefer pergi sendiri sebab dieorang ni tahu jela drive camne. Lajuuu giler. Huhu. CR tak tahu sangat jalan hala ke sana. Sebelum ni pergi Mersing dari Kluang dan tak drive sendiri. Jadi bila kena drive sendiri dan gerak dari Bera memang kena minta tolong google maps lah. Nasib betul arah jalannya kalau silap haruuu lah. CR sampai resort tu dalam jam 2.30 petang ,orang lain dah tidur rehat2 pun. Hehe. Sampai2 je terus pergi ambil kunci bilik pada A.fairuz.


Ada tempat untuk lepak kat balkoni bilik.

CR ambil bilik yang standard je sebab CR bertiga je kan. Cukuplah tu. Harga untuk bilik standard RM200 untuk semalam. Ada dua katil single dan CR rapatkan jadi lah size Queen. Hahaha. Bilik dia okay dan luas lah. Ada disediakan tv tapi tv xde channel. Nama pun bercuti kena lah bercuti dari tengok tv. Yedok? Padahal stress jugak rasa bila buka tv keluar skrin biru je. Mujurlah line internet kat situ sangat okay. Rasanya kalau line internet sama geng dengan channel tv ada rasanya main nama negeri dengan cha dalam bilik tu sebelum tidur. View dari bilik sangat2 cantik. Maaflah memori hp full lupa nak transfer gambar makanya memang trip kali ni kurang gambar. πŸ˜‚πŸ˜­



Mersing
Istana Pasir Puteri Terbuang. ^^v

Aktiviti pertama untuk Hari Keluarga 2017 adalah pertandingan membina istana pasir. CR tak pernah buat istana pasir ni sebab tak suka main kotor2 macam tu. *kononnya lah. Tapi bila ada pertandingan ni teruja la jugak nak membinanya. Dua hari sebelum tu beli barang-barang nak buat istana pasir. CR beli barang tu dekat Mr. DIY je. Ada yang kecil dan besar ,CR beli yang sederhana besar je. Bukan nak menang sangat pun,saja2 nak seronok je. Tengok hasil dalam gambar kat atas tu pun dah tahu memang tak berseni. Lepas pertandingan istana pasir,semua terjun kolam . Berendam la puas2 korang ye.


Aktiviti malam pulak adalah Makan Malam KGK2017. Takdelah pulak gambar masa makan tu sebab sibuk nak makan kan. Ada cabutan bertuah jugak tapi malam tu CR tak bertuah. πŸ˜‘ Kebetulan pulak ada game bola Pahang lawan Melaka. Stay la lama sikit kat cafe resort tu sampai bola habis. Tahniah Pahang menang 2-0. Hehehe. CR naik bilik tidur tapi geng2 lelaki tengah bersiap2 nak pergi memancing. Tak tahu la balik kul berapa diaorang ni dan dapat banyak ke tak ikan. Kot dapat bawa balik nyamuk je. Hahahaha


Ok lah. Sekian untuk Hari Pertama. Untuk hari kedua akan bersambung next entry. Kbai.πŸ˜™

Thursday, July 20, 2017

Cara membuat bubble talk/props untuk Hari Raya

July 20, 2017
Assalamualaikum dan Hai.

Hari raya props

Bubble talk/props untuk Hari Raya | Syawal masih ada berbaki lagi 3 hari. Tempat korang dah buat jamuan raya ke. Tempat kerja CR baru hari esok nak buat jamuan raya. Penghujung syawal baru nak buat. Di Facebook CR tengok ramai yang dah selesai kan. Bila tiba jamuan raya ni,kami staf dan guru dibahagikan pada beberapa kumpulan. Semua ada tanggungjawab masing-masing; ada yang bahagian peralatan,jamuan, photobooth dan persiapan tempat. Tahun ni CR termasuk dalam kumpulan photobooth. Hehe. Jadinya bila dah masuk kumpulan photobooth banyak la kerjanya kan. Semalam CR dengan Syud print satu-satu huruf untuk gantung ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017" pada tirai photobooth. Hari ni pulak upacara menggantungkan huruf dan ketupat. Mula-mula Syud ada tanya CR pandai tak anyam ketupat? Jawapannya,memang TAK PANDAI laaaa. Hahaha. Mujurlah ada sorang ni pandai anyam. Lepas ni kena belajar buat ketupat.πŸ˜›


Selain dari tu, kami cadang nak buat bubble talk ataupun props stick tu. Kalau mana yang tak tahu, sebelum ni CR pernah buat bisnes bubble talk handmade, tapi dah lama stop. Sebab fokus pada menjahit je. Jadi CR pun volunteer kan lah diri nak buat bubble talk. Sebab gian lama tak buat kan. Tapi cara yang CR ni bukan lah handmade,tapi print dan laminante. Sebelum ni,bila handmade; CR akan tulis sendiri tulisan tu kemudian gunting satu2 huruf. Dah selesai tu pulak akan tampal atas kertas berwarna sebelum tampal kan pada kertas keras. Banyak step kan kalau handmade ni. Tapi yang handmade tu lah yang seni orang kata. Rindu pulak.


Untuk jamuan kali ni CR buat bubble talk dengan cara mudah jer. Sehari pun boleh siap.πŸ€— Jom CR tunjukkan cara-cara nak buat bubble talk/props stick ni.

Cara membuat bubble talk hari raya


1. Edit gambar


Edit gambar yang kita nak buat sebagai bubble talk. Macam CR, design sendiri menggunakan apps Picsart. Simple2 je asalkan sedap mata kita tengok. Hehd

2. Print design

Bila dah puas hati dengan design sendiri,terus print macam biasa. Macam CR ,print berwarna terus. Kalau takde print warna,print atas kertas berwarna pun cantik jugak.

3.Gunting & Laminate

Hasil selepas laminate
Bila dah siap print,gunting setiap satu bubble talk tu dan laminatekan.


4. Gunting *lagisekali


Dah siap gunting satu2.
Dah siap laminate,apa lagi marilah kita gunting semula. Hati-hati semasa menggunting tu jangan sampai tergunting jari.

5. Lekatkan Lidi


Siapppp dengan lidi. Cantik x?
Kemudian langkah terakhir adalah melekat lidi di belakang kertas laminate kita tu dengan salotape.


Siap!


Mudahkan. Dalam sehari pun siap. Kalau malas nak design,boleh try google kot2 ada contoh template bubble talk percuma. Kalau ada yang nak template ni CR boleh bagi percuma je. Jadinya tinggal korang print je. Mudah kan. Kalau berminat,boleh komen email korang kat bahagian bawah ni ataupun terus je direct email CR di saidatulazreen@gmail.com.

Jangan lupa terjah Instagram bycikrenex ye.




Wednesday, July 19, 2017

Kereta manual menjadi pilihan.

July 19, 2017
Assalamualaikum dan Hai.


Pening bulan ni asyik pakai duit jer. - CR

Hari ni Cik Renex nak bincangkan isu apakah pilihan transmisi kereta anda, Manual atau Automatik? Dua-dua tetap bergerak dan membawa kita ke tempat yang kita nak kan. Yang bezanya cuma manual dan auto. Kalau kita masih ingat, masa mula-mula ambil lesen,kita memang dah di dedahkan dengan memandu kereta manual Kancil. Tapi sekarang,ada dua jenis lesen dah kan. Untuk memandu kereta manual dan auto. Cumanya bila kita ambil lesen auto,kita tak boleh drive manual. Kan? Zamn dulu mana ada. Ujian parking ,ujian bukit dannnn yang paling penting ujian dengan JPJ semua guna kereta akademi memandu yang dah terlalu 'legend' . Mana taknya,kadang tu gear payah nak tukar,aircond memang takde dan macam2 lagilah. Tapi akhirnya kita tetap berjaya juga dengan jayanya dengan kereta manual. Tapi rata-rata lepas tu memang dah tak drive manual. Betul tak?^^v Untung zaman sekarang boleh belajar memandu  guna kereta baru samada Viva atau Axia kan. Bersyukurlah anda.


Kalau CR haruslah pilih memandu kereta manual dan secara jujurnya CR tak pernah bawak kereta auto. Eh pernah cuba sekali bawa kereta auto Myvi tapi bukanlah drive jauh hanya reverse keluar parking je. Tapi masa tu pun terkial-kial menukar gear R ,padahal senang gila kan. Mak CR bila tengok CR terkial2 gitu terus tak yakin anaknya nak drive auto terus suruh abg lee yang drive. Hahaha. Melepas nak bawak auto.


Kenapa CR pilih manual? Pertama sebab memang dah terbiasa memandu manual jadinya memang payah la nk tukar ke auto. Kadang-kadang tu bila mak saudara suruh bawak kereta dia sebab dua dah tak larat nak drive jauh,tapi CR tak dapat nak tolong sebab tak berani nak bawa automatik.. Kedua, sebab tak pernah mencuba secara betul2nya memandu kereta auto. Rasanya kalau CR cuba at least sekali drive auto mesti lepas tu gian nak drive auto. Hikss. Ketiga, untuk menghilangkan mengantuk sebab kena alert tekan clutch bila nk tukar gear. Kalau bawa auto rileks je tekan minyak dan brek kan. Guna satu kaki je. Kalau manual kena guna belah kaki. Jadi penat la sikit. Untuk kawasan rumah CR yang kawasan kampung ni memang ok lah sebab tak tempuh jem kan. Cuba kalau bawa area KL Jb,confirm lenguh. Setakat ni CR okay lagi drive masa jem. Lenguh tetap lenguh,yang penting boleh jalan. Hiks. Bawa manual ni seronok jugak sebab bila nak memotong kereta dia laju dan cepat pick-up. Betul x?




Disini jugak CR nak share apa yang tak patut kita buat semasa memandu kereta manual.



  1. TOMBOL GEAR BUKAN TEMPAT MEREHATKAN TANGAN
  2. JANGAN GUNA KLAC UNTUK STABILKAN KEDUDUKAN ATAS BUKIT
  3. JANGAN JADIKAN PEDAL KLAC TEMPAT MEREHAT KAKI
  4. JANGAN TEKAN PEDAL MINYAK DENGAN AGRESIF SEMASA RPM RENDAH
  5. GUNAKAN GEAR YANG SESUAI UNTUK MENAMBAH KELAJUAN
  6. PASTIKAN GEAR KERETA NEUTRAL SEWAKTU LAMPU ISYARAT MERAH
  7. JANGAN MENUKAR GEAR TANPA MENGGUNAKAN KLAC
  8. JANGAN MENEKAN BREK DAN KLAC SERENTAK
  9. TUKAR MINYAK GEAR IKUT JADUAL DAN SPESIFIKASI 
sumber 


Dalam sembilan perkara ni,ada juga CR pernah lakukan. Selepas ni kena cuba tinggalkan habit tu . Kadang tu memang sengaja letak tangan atas gear sebab selesa rasa. Dannnn lampu isyarat merah tu kadang-kadang memang sengaja malas freekan gear sebab senang nak pecut terus je nanti dan risau kalau lampu dah tukar hijau kita baru nak tukar gear satu. Mulalah nanti orang belakang hon. Tekan brek dan klac serentak tu pulak CR selalu wat bila dekat selekoh dan nak turun bukit. Rupanya tak bagus wat gitu. Baru tahu.


Lastly,apapun yang kita drive samada manual atau automatik,yang paling utama kena sentiasa mematuhi undang-undang. Jangan pandu melebihi had laju dan jangan lupa pasang seatbelt.


Jadi,anda pilih manual atau auto?πŸ€—


Wednesday, July 12, 2017

Rodong dah kawen weh!

July 12, 2017
Assalamualaikum dan Hai.




Rodong. Tak pasti ejaan macam mana yang sebenarnya. Rodong ke Ghodong. Tahu tak apa maksud Rodong tu? Kalau dalam loghat negeri Pahang,rodong tu maksudnya kawan-kawan ,rakan , sahabat dan lain-lain lagi yang sama maksud dengan kawan. CR pun jarang sangat guna loghat ni selalu sebut member je. Kat blog ni saja nak share satu loghat pahang,kalau tak korang tak tahu pulak kan?Ye dak?? Nanti CR share lagi loghat2 orang Pahang ye. Berbalik pada cerita asal, rodong CR yang kahwin ni CR kenal dari darjah Satu lagi,semenjak 1996. Kenapa dari darjah satu,bukan dari Pra Sekolah? Sebab masa tadika CR tadika kat tempat lain iaitu di Sri Kemuning. Darjah 1 baru pindah ke kampung Durian Tawar. Lepas habis UPSR kami sama-sama lak ke sekolah menengah jadinya memang rapat la kan. Tapinya lepas PMR kami dah berpecah; dia dapat sekolah di Muadzam Shah dan CR pulak di Kuantan. Bila musim cuti sekolah memang kami akan jumpa walaupun sekali. Hehe.


Kami menyewa homestay di Bukit Rangin Kuantan sebab nak tengok rodong akad nikah malamnya tu di Permatang Badak Maju. Tapi CR tak dapat nak join kerana ke Hospital Sungai Buloh untuk tengok anak kepada sepupu yang kemalangan motor. Mereka berempat je lah yang stay homestay. CR pergi ke Kuantan pagi Sabtu tu dengan Aziah. Nasib ada Aziah teman kalau tak mesti bosan drive sorang2 walaupun 2jam je ke Kuantan. Sampai2 kuantan terus makan nasi lemak yang dimasak special oleh Chef Shafiq. Thanks Sapik,sedap amat. Dieorang bertiga tu masa kami sampai homestay tak siap2 lagi. Baru nak bermakeup,sabar jelah. Macam-macam ragam. Rindunyaaa la pulak. *takpuasjumpa. 

Dari kiri : CR, Wani, Intan, Azuwa, Aziah

Inilah antara sahabat CR dari kecik sampailah dah tua sekarang ni. Doakan kami kekal bersahabat sampai bila2 ye. Macam biasa lah, sebelum ke kenduri kena ambil gambar dulu. Ibaratnya.kamera dan kami tak dapat dipisahkan. Rasanya gambar selfie kami lagi banyak dari gambar dengan pengantin.πŸ˜‚πŸ˜Š Maafkan kami tuan rumah kalau kami telah membuat bising semasa mengambil gambar di pelamin. Haha. 

Ganggu pengantin makan beradab. 😊

Tahniah Azwan dan Aisyah. Dua-dua pengantin ni sama sekolah menengah dengan kami. Masa bila dieorang bercinta pun kami tak tahu. Pandai sangat simpan rahsia kan. Tapi CR dah boleh agak bila Ecah ajak teman pergi beraya rumah Azwan tu tahun lepas. Hiks. Tiba-tiba ajak teman beraya ke sana kan,selalu tak pernah ke sana. Rupa-rupanya ada something yang kami tak tahu. Semoga kalian kekal bahagia sehingga ke jannah yer. Doakan kami pulak. Bila umur dah 28 ni memang kami takkan lepas dari soalan , ecah dah,korang bila pulak majlisnya. Sabar pakcik. Sabar makcik. InshaAllah kalau ada jodoh, adalah kami jemput nanti ye.

Thanks Shafiq belanja Mcd. Kenyang sampai ke rumah. 

Dalam kul 3.30 kami gerak balik ke tempat masing-masing. Tapi sebelum tu,sempat lagi dieorang ni ajak lepak McD Sg. Isap. Layankan lah sebab lepas ni tak tahu bila pulak boleh lepak sama-sama kan. Masing-masing dah sibuk dengan kerja,masa kenduri kawan je lah boleh jumpanya. Lepas ni kenduri siapa pulak ye? Kenduri CR entah lah,tak jumpa calon lagi. Hiks. Doa2kan lah yer. Kbai.


Tuesday, July 11, 2017

Pengalaman shopping di Sgshop Malaysia

July 11, 2017
Assalamualaikum dan Hai



Lamaaaaaaa sangat tinggal blog. Bukan sebab busy sebab media sosial lain CR update je. Mungkin mengalami simptom 'Blogging Slump'. Sekarang tengah memaksa diri update blog. Hee. IQ cakap kena membebel dalam entri baru lah entri panjang dan adseng sudi menerima lamaran blog ni. Tapi itu lah nak membebel dalam blog tak pandai kalau membebel luar blog boleh sebab itu memang selalu. Ok lah. Ini entri pertama CR untuk Julai 2017. Dah sebelas haribulan baru nak update. Memang bukan blogger tegar. πŸ˜‘


Entri kali ni CR nak kongsi pengalaman membeli di SgShop Malaysia. Mana yang masih tak tahu SgShop ni adalah satu website yang membantu kita membeli barangan dari China. Website yang biasa tu ,Taobao tu dalam bahasa China memang tak faham la kita kan. Jadinya web SgShop Malaysia ni akan membantu kita membeli di website tersebut. Sebelum ni akak CR pernah beli baju guna website taobao tu tapi dengan bantuan kawan cina dia.

APA YANG CIK RENEX BELI?


Taobao
CR beli handbag yg comel ni dan 3helai baju.


Sebenarnya CR join satu GA di facebook,saja2 cuba nasib. Sekali ada rezeki menang. Dapat la kredit RM100 untuk shopping di SgShop. Banyakkk kan. Mula-mula memang nak simpan je RM100 tu sebabnya nak tunggu result GA yang kat IG lak. Sekali yang tu takde rezeki lak. Kalau dapat RM200 memang dah plan nak sambar apa kat web tu. Jadinya terus la beli guna kredit 100 yang menang GA kat FB tu. Banyak sangat barang-barang yang menarik minat CR sebenarnya tapi kena tengok budjet jugak. Dan,postage untuk sgshop adalah mengikut size dan berat. Make sure check betul2 berapa postage okay. Dan boleh pilih untuk guna postage yang mana satu. Ikot je step by step yang diajar oleh sgshop okay.

Berbalik pada barang yang CR beli. Handbag yang comel dan kecil tu CR pilih sebab memang minat design dia yang simple tapi smart bagi CR. Harga pun murah je . Nanti kalau CR dah guna,CR share gambar okay. Manakala tiga elai baju tu satu untuk CR ,akak CR dan adik CR. Untuk ma je tak tahu nak beli apa. Next time plak ye ma. Sepatutnya CR ada beli satu lagi barang tapi disebabkan barang tu tak de size untuk kereta CR makanya ,kena refund. Jangan risau,sgshop sangat mementingkan kualiti. Sebab kalau ada masalah dengan order kita dia akan direct sms kita dan emel. Cepat dan pantas. 2



Pada siapa yang belum daftar boleh klik link kat bawah ni. Cuba la survey2.kot ada yang menarik dan menawan hati.


http://www.sgshop.com.my/






Nanti CR balas kunjungan ye. Maaf sangat2 mana2 yang CR tak berbalas knjungan lagi. 


"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡