Friday, December 23, 2016

He knows better than us.

December 23, 2016
Sad

Allah knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want laughter
And the merriment of cheer
But our heart will lose its tenderness
If we never shed a tear

Allah tests us often
With suffering and sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strenghtened
If they can withstand the storm
And the sharpness of the chisel
Gave the marble its grace and form

Allah tests us often
And for every pain
He gives us provided we are patient
Is followed by rich gain

So whenever we feel
That everything is going wrong
It is just Allah's way
To make our spirit strong

-unknown- cp from Farah Lee


Thursday, December 22, 2016

Barang dari Zalora dah sampai

December 22, 2016
Assalamualaikum dan Selamat Petang9

Zalora
Alhamdulillah. Barang yang lama di nanti dah sampai. Takde la lama sangat cuma tunggu dua hari jerk. Haha. Sebenarnya baru-baru ni dapat baucer dari Zalora. See,siapa cakap blogging takde hasil. Selain dari kenal kawan baru blogger dapat jugak hadiah hasil kerja kita.


Awal2 dapat hari tu tak terfikir nak beli apa. Plan asal nak beli baju tapi memandangkan purse aku dah uzur jadi beli je la purse. Rambang mata tengok. Semua cantik2.

Zalora
Aku beli ni jer. Boleh la dari takde. Yang penting aku suka design dia. Lama scroll kat apps Zalora. Yang ni jer berkenan di hati. Brand Unisa. Senang je nak order dengan ZALORA ni. Sign up account, pilih mana yang berkenan di hati , Klik Add to Bag dan Check Out. Ikot je step2 nak bayar kemudian tunggu je gdex sampai depan pintu hantar barang ni. Setel. 


Blogger yang dapat baucer, dah guna ke? Korang beli apa? Share lah. 😊

Friday, December 16, 2016

#MyTravelokaEscapade : Sabah menjadi lokasi Idaman di hati

December 16, 2016
Assalamualaikum dan hai.

Sekarang musim cuti sekolah kan. Awak awak semua plan nak ke mana? Risau tak sempat nak tempah flight dan hotel. Jangan risau, traveloka ada. Traveloka? Apa tu traveloka?? Traveloka tu satu website untuk kita tempah hotel atau tiket flight ke mana2 sahaja. Kadang2 tu siap ada diskaun lagi. Siapa yang tak suka diskaun kan. Hehe. Baru2 ni jugak baru dapat tahu yang Traveloka adakan satu pertandingan untuk penulis blog. Siapa yang takde blog pun boleh join jugak guna Facebook. Hadiahnya sangat2 menarik taw. Rugi tak join.

https://blog.traveloka.com/en/online-contest/
Ini adalah hadiahnya. Menarik sangat2 kan. Jom la join sekali.


Jadi lokasi Idaman Cik Renex adalah ke SABAH. Memang dah lama teringin nak ke Sabah ni tapi bajet tak cukup lagi. Jadinya kalau dapat hadiah kupon rm200 pun dah SERONOK sangat. Kenapa Cik Renex pilih Sabah? Kenapa tak pilih El Nido , Hong Kong , Langkawi , Bali , London , Tokyo, Nepal , Melbourne atau South Korea? Sebabnya nak habiskan misi ronda satu Malaysia. CUTI CUTI SATU MALAYSIA katanya. Sabah memang antara negeri yang Cik Renex tak pernah jejak lagi. Makanya, Cik Renex pilih Sabah!

Kalaulah dapat percutian ke Sabah ni, Cik Renex teringin nak pergi ke lima tempat ni. Tempah flight ke Sabah dan Hotel ke Sabah guna TRAVELOKA. SENANG. Berangan dulu xpe kan. Moga2 jadi kenyataan. Jom tengok tempat mana yang Cik Renex nakkk sangat pergi.

1. DESA DAIRY FARM , KUNDASANG



Dalam facebook ramai sangat share mengenai tempat ni. Desa Dairy Farm ni sebuah ladang ternakan lembu tenusu. Tak payah nak melancong jauh sampai ke New Zealand atau Australia ke sebab dekat Sabah pun ada view macam tu. Sejuk dan pemandangan sangat cantik. Aku seorang yang view hunting dan kaki gambar. Memang seronok kalau dapat ke sini sebab dapat bergambar sakan. Hiks. Tengok gambar yang orang share pun dah teruja apatah lagi berpeluang ke sana.


Desa Dairy Farm a.k.a New Zealand Sabah ni dibuka setiap hari. Kadar bayaran yang sangat murah dan berbaloi iaitu hanya RM5.00 sahaja. Murah kan. Boleh la bergambar sakan dengan latar belakang Gunung Kinabalu. Disyorkan datang awal sebelum jam 10 kalau nak tengok Gunung Kinabalu dengan lebih jelas tanpa diliputi awan dan lebih sejuk. Baru lah feel macam kat oversea. Kan? Rugi lah datang jauh-jauh tapi tak nampak Gunung Kinabalu.


Dah penat bergambar boleh la kita hilangkan haus setelah penat berjalan dan bergambar dengan membeli susu segar dan aiskrim buatan orang tempatan. Nampak dalam gambar tu menyelerakan sangat. Aish, lagilah aku rasa tak sabar nak ke sana.

2. Pulau Sapi & Pulau Manukan



Pulau Sapi


Pulau Manukan

Aku seorang yang thallasophile. Seorang yang cintakan laut/pantai. Jadi tak sah lah kalau pergi Sabah tak melawat Pulau. Pulau kat Sabah memang diantara pulau yang sangat cantik dan air jernih. Rugi kalau tak pergi. Tengok gambar pun rasa membuak2 nak pergi. Ni rasa nak survey terus harga kat Traveloka nih. Dua2 pulau ni sangat sesuai untuk aktivit Snorkeling. Melihat keindahan hidupan dalam laut. Dah penat snorkeling boleh la lepak2 tepi pantai sambil menikmati keindahan alam. Bagi aku,bila duduk tepi pantai rasa nyaman sangat. TENANG. Boleh lupa sekejap mengenai masalah dalam kehidupan kita ni.

3. Tanjung Aru



Kenapa aku nak ke Tanjung Aru?? Orang kata nak tengok matahari terbenam, kat sini lah tempat yang sesuai.  Tengok gambar memang cantik pun. Rasa macam bukan kat Sabah tapi kat luar negara. Di sini juga ada air pancut berwarna-warni. Sambil jalan-jalan kat tepi Tanjung Aru , boleh dengar orang tempatan yang busking kat sini. oh indahnya.

4. Poring Canopy Walk



Kalau Traveloka bagi peluang Cik Renex ke Sabah jugak, memang teringin nak melawat sini jugak. Poring Canopy Walk.  Sangat berguna untuk mencabar diri sendiri sebab kadang kita gayat kat tempat tinggi kan. Aku memang rasa gayat sikit kalau nak lalu jambatan gantung ni. Jadi bila dah lalu kat titian canopy atau jambatan gantung ni manalah tahu boleh hilang rasa gayat tu kan. Hiks.

5. Rumah terbalik



Yang ni pun Cik Renex teringin nak pergi. Walaupun kat dalam tu DILARANG AMBIL GAMBAR ,tetap nak pergi jugak walaupun mesti geram sebab x leh nak swafoto dalam tu. Tapi bila baca review kat blog2 ,dieorang cakap berbaloi pergi sini. So memang teringin nak pergi melawat. Takpelah tak dapat bergambar kat dalam rumah tu. Bergambar kat luar pun dah cantik.


So,ini adalah antara aktiviti Cik Renex seandainya traveloka bagi peluang Cik Renex ke Sabah #MyTravelokaEscapade. Sesiapa yang nak join tu boleh la mencuba ye. All the best. Klik je banner atas sekali.


gambar kredit ke google. :)

Tuesday, December 13, 2016

Forest City Gelang Patah Johor Bahru.

December 13, 2016
Assalamualaikum dan Hai.


Baru-baru ni Cik Renex sekeluarga telah pergi ke Forest City yang terletak kat Gelang Patah JB. Nak ke sini kami tak tahu sangat jugak jalannya, harapkan waze jer. Yang aku ingat kena ikut lebuhraya Link ke 2 menghala ke Tuas, tapi kena belok ke kiri menuju ke Gelang Patah/Pelabuhan Tanjung Pelepas. Nanti akan ada signboard menuju ke Forest City. Lebuhraya tu masih dalam pembinaan jadi tak siap sepenuhnya tapi kita boleh je lalu untuk ke Forest City sahaja. Mula2 nak sampai tu kami salah jalan. Tengok waze sangat tapi tersilap lorong. Kena patah balik semula. Haha.

Gelang patah
Bila sampai tu memang teruja gila. Sebab cantik sangat2. Orang kata sekarang masuk percuma nanti2 kena bayar bila dah siap sepenuhnya. Tak tahu la betul ke x nya. Kawasan die mesra alam sangat. Hijau. Tenang. 

Gelang patah
Fefeling kat pantai oversea. Seberang sana tu Singapura. Tak pernah lagi jejak ke sana walaupun dulu study kt johor hampir 4 tahun. Entah bila la nak perginya.

Gelang patah jb
Cik Renex memang suka fefeling amik gambar cam gini. Layankan aje.

Gelang patah jb
Bunga merak. Cantik sangat. Kreatif orang yg wat ni. Yang wat ni semua pekerja luar. Memang kreatif amat lah korang ni.

Gelang patah
Sepanjang jalan untuk outdoor. Dalam bangunan ada juga tapi tak sempat nak p tengok. Belakang tu bangunan hotel. Mula2 pelik jugak tengok kereta banyak je kat tempat parking. Orangnya takdelah ramai mana. Rupa2nya ada yang duk menginap kat hotel tu.

 
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">


Gelang patah
Akak ngan Abg lee tengah merenung masa depan. Sesuailah untuk photoshoot wedding. Hehe

Gelang patah
Cantik!

Gelang patah
Cha ^^v

Layan je la beberapa keping gambar lagi. 
Cik Renex memang suka bergambar. Itu FAKTA. ☺ Selain pemandangan yang cantik,ada jugak replika2 yang dieorang wat. Ada replika ketam gergasi,telur penyu,penyu, hanjing laut. Seronok lah cha and nurina bergambar. Mak Ngah Reen pun join la sekali. Hehe.
Gelang patah
Gelang patah
Gelang patah

Ma lah paling teruja bila dah sampai tu. Sebab ma Cik Renex penggemar bunga. So bila sampai tu memang teruja terus. Takde nya nak melayan anak-anak dia selfie. Yang penting dia p tengok bunga2 yang tanam kat area situ.  Pokok pandan pun ada dieorang tanam. Jadi cantik pulak. 

Gelang patah
Gelang patah
Cantik kan. Boleh jadi macam2 bentuk. Tapi rumput2 hijau tu tak boleh nak pijak. Nanti mulalah ada yang tiup visel. Sabo je la. Haha. Rumput mahal tu agaknya. Tu dieorang jaga betul2. Sayang kalau asyik kena pijak je dengan pengunjung. 


Selesai lah trip ke Forest City. InshaAllah nanti datang lagi. Oh lupa, Cik Renex sempat singgah Johor Premium Outlet . Ada sale anniversary katanya. Tu singgah jap. Nasib jalan x tak jem. Cik Renex ade jugak pergi Puteri Harbour tahun lepas. Tapi tak pernah share kat blog lagi. Kalau ada gambar lagi dalam phone boleh la Cik Renex share. Yang tu pun seronok jugak. Cantik.

Ok. Bai.

Sunday, December 11, 2016

Selamat Hari Ulang Tahun Akak

December 11, 2016
Assalamualaikum dah Hai




"Aku memiliki sepasang mata, tapi tidak dapat selalu melihatmu.
Aku memiliki sepasang tangan, tetapi tidak bisa selalu menuntunmu dalam gelap.
Tapi aku memiliki hati, yang selalu berdoa untukmu, dimanapun dan bilapun.


Di usianya yang ke 31 ini jadikan lah dia seorang yang lebih dewasa, akhlak yang di senangi oleh setiap orang sehingga dia menjadi orang yang paling beruntung kerana begitu banyak yang menyayanginya.


Jagalah dia di setiap helaan nafasnya. Lindungilah dia dalam setiap langkahnya.
Sayangilah dia melebihi Engkau menyayangi hamba.
Teguhkanlah imannya dalam agamaMu Ya Allah
Lembutkan hatinya, jadikanlah setiap kata yang keluar dari bibirnya hanyalah kebaikan saja."

Selamat Ulang Tahun Akak. Semoga segala impian akan termakbul untuk ulang tahun kali ni. 

Happy birthday

Almond Brownies sedap dari Ika. Sedap sangat. Cantik sangat dia wat. Kreatif. Mana yang berminat (Area Bera Temerloh Mentakab) boleh klik gambar untuk ke facebook beliau. 

Thursday, December 8, 2016

2016 best nine untuk pengguna Instagram

December 08, 2016
Assalamualaikum dan Hai.

Siapa pengguna Instagram mesti tahu ape tu 2016 best nine. Tahun lepas ade jugak wat. Tahun ni kita try tengok lagi antara gambar sepanjang 2016 mana yang terbaik di antara yang terbaik.


Kalau Facebook pulak,ramai yang share video kan. Cik Renex pun baru wat n share. Saja suka2. Haha.

Untuk 2016 best nine ni,meh cik renex ajar macam mana nak wat.

1. Taip 2016bestnine.com

Instagram

2. Untuk ruang id tu, letak Id instagram korang.

3. Klik GET seterusnya tunggu die generated dulu gambar mana yang terbaik. Sabarrrr



4. Taraaa. Siap. Tinggal share kat Instagram je. Senang sangat. Selamat mencuba.



Yang atas ni cik renex wat untuk igshop cik renex : @bycikrenex.


Kalau account Instagram private tak boleh nak wat. So, publickan sekejap account kita. Lepas dah siap,privatekan semula. Haha. Tu cara cik renex wat untuk account Ig @cikgheenn. :)

Wednesday, December 7, 2016

Laman Kreatif Kluang

December 07, 2016
Assalamualaikum dan Hai.

Hari ni nak share satu tempat yang best bila datang ke Kluang. Aku memang kerap ke Kluang sebab Akk memang stay sana. Selalu la jugak bawak ma g melawat ke Kluang. Program Laman Kreatif ni baru wujud tahun ni. Mula2 tak banyak lagi,lama2 banyak dah. Sangat kreatif.

Laman kreatif Kluang? APEKAH?


Laman Kreatif ni sebenarnya lorong belakang bangunan. Dekat dengan Taman Merdeka kalau tak silap. Senang je nak cari. Lukisan mural kat dinding bangunan ni sangat cantik. Memang berbakat sungguh artist yang lukis mural ni. Tabik!


Ni antara gambar yang aku sempat bergambar.

Kluang
Latar belakang tu tulisan perkataan Kluang.


Call bos jap nak mintak cuti panjang lagi. Haha

Kluang
Lama tunggu uncle ni siapkan baju raya tahun depan.

Kluang
Ni gambaran sepanjang lorong Laman Kreatif ni. Kiri kanan penuh dengan hasil lukisan mural tangan2 berseni dieorang ni.

Kluang
Kesian cha makan sorang je Asam pedas dan cendol. Huhu

Jdt
Muka tu jangan serius sangat pakcik. Tuang kopi je pun.

Jdt
Semangat JDT. Aummmm

Kluang
Jom mendaki gunung lambak.

Kluang
Yang ni paling terbaru. Ada payung2 kat atas tu. Cantik sangat kan.


Kreatif. Sangat sangat kreatif. So mana2 yang stay berdekatan dengan Kluang boleh la pergi terjah. Untuk wedding photoshoot pun cantik gak ni.



Monday, December 5, 2016

Kemaskini BR1M 2017

December 05, 2016
Assalamualaikum dan Hai.



Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan setinggi RM1200. Sesiapa yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar,tarikh pendaftaran adalah pada 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.

Untuk mendapat Borang Permohonan BRIM 2017 dan kemaskini  , sila klik link berikut. Untuk https://ebr1m.hasil.gov.my

Syarat Kelayakan Permohonan BRIM 2017


-Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan ke atas.
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
-Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
-Penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)adalah tidak layak menerima BRIM.

Kadar Bayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1 Malaysia


-Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih) :RM1200
-Kategori Isirumah Bawah RM3,000 :RM1200
-Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 :RM900
-Kategori BRIM Individu Bujang :RM 450

Jadual Pembayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia


Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih)

-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000

-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000

-Ansuran Pertama : RM300 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM300 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM300 pada September 2017

Kategori BRIM Individu Bujang

-RM 450 pada Januari 2017




#share dari Facebook

Saturday, December 3, 2016

Lirik Lagu Lebih Sempurna Syamel

December 03, 2016
Lirik lagu

Ombak laut, angin bayu
Menemaniku dikala terkenang dirimu
Manis indah dalam cinta
Tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana dia

Bertahun sudah kita bersama
Hanya dusta sebalik setia
Kau biarku derita
Menangis di dalam jiwa

Kau terluka akulah peneman
Kau bahagia aku ditinggalkan
Mudahnya kau berubah
Sepiku berteman air mata

Berlalulah kau masa
Aku tidak berdaya
Temukannya yang lebih sempurna


Thursday, December 1, 2016

Mango Tops untuk Wanita

December 01, 2016
Assalamualaikum dan Hai.

Mango tops

Wanita dan Fesyen memang tak dapat dipisahkan. Memang akan di kaitkan bersama-sama. Seperti yang kita sedia maklum dunia fesyen mempunyai antara pasaran yang paling kompetitif dan cukup mencabar. Ia mempunyai trend yang sentiasa berubah-ubah dan seringkali bertukar. Disebabkan itulah saban tahun kita akan dapat lihat banyak tren fesyen terkini yang diketengahkan mempamerkan gaya yang sedang popular dan menjadi pilihan pencinta fesyen. Kadang tu tak sempat nak pakai fesyen tu,dah muncul fesyen lain.

Mango tops

Di luar sana terdapat banyak jenama fesyen yang kita boleh dapatkan. Namun tidak semuanya menawarkan produk ataupun koleksi yang sama kerana setiap fashion brand itu sendiri mempunyai ciri-ciri ataupun sifatnya yang tersendiri. Ia juga bergantung kepada koleksi, nilai dan populariti jenama itu sendiri dalam dunia fesyen.

Mango tops

Jadi apa pilihan jenama fesyen kegemaran korang?Kalau Cik Renex seharusnya Mango. Mango merupakan antara jenama fesyen yang sering mendapat perhatian ramai pencinta fesyen. Ini kerana popularitinya telah menjangkau banyak negara di seluruh dunia sebagai antara jenama fesyen yang menjadi pilihan ramai fashionista. Koleksi Mango tops Malaysia misalnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh wanita urban yang sukakan gaya fesyen terkini yang boleh didapati dengan kualiti premium terbaik.

Mango tops

Pakaian rangkaian jenama Mango mempunyai pilihan yang banyak untuk wanita bergaya termasuk para wanita Muslimah yang ingin mencuba stail hijabista. Bagi wanita Muslimah, pilih Mango tops yang berlengan panjang. Tapi kalau dah berkenan yang lengan pendek  tu pun takpe sebab sekarang kan ade cardigan or inner. Sekiranya top itu diperbuat daripada kain jenis jarang, pakailah innerwear untuk kekal bergaya dengan sopan dan hipster. ☺


Jika anda mahukan jenama yang mampu memberikan anda semua yang dicari maka ini adalah brand terbaik buat anda. Mango Malaysia ada pelbagai koleksi fesyen yang menarik terdiri daripada rangkaian produk yang cukup meluas. Jadi marilah kita ramai-ramai klik website Mango. Kot nanti ada yang berkenan. 

Bye.

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡