Tuesday, March 22, 2016

Ost Ada Apa Dengan Cinta 2

March 22, 2016


Siapa dah tengok teaser AADC2 kat Fb. Rasanya mesti ramai dah tengok dan tak sabarrr nak tengok cerita ni kan.

Setelah 14 tahun. Apa yang berlaku agaknya dengan Cinta & Rangga. Tak sabarnyaaaa nak tengok.


Kita layan ost filem ni dulu. Macam biasa la. Melly tak pernah mengecewakan. Lagu memang best.

'Ratusan Purnama' dari Melly Goeslaw dan Marthino Lio

Ratusan purnama berlalu
Tapi cinta tak pernah berlalu
Walau kau usir aku di hidupmu
Tapi cintaku tetap diam

Ratusan purnama berlalu
Sendirian aku tanpa cinta
Tak pernah ada cinta yang lain
Hatiku terbuka hanya untukmu

Duhai cinta enggan menawar rasa
Gelombang marahmu terlalu berlebih

Berderik-derik bunyi jantungku
Bila ku kenang wajahmu
Biar jauh jarak pandang kita
Namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

Duhai cinta sulit ku meraba
Diam dan dinginmu
Ribuan hari ku mengingatmu
Membaca semua puisimu
Mengering raga ini menantimu
Ratusan purnama cinta kita kembali

Duhai cinta enggan menawar rasa
Gelombang marahmu terlalu berlebih

Berderik-derik bunyi jantungku
Bila ku kenang wajahmu
Biar jauh jarak pandang kita
Namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

Duhai cinta sulit ku meraba
Diam dan dinginmu
Ribuan hari ku mengingatmu
Membaca semua puisimu
Mengering raga ini menantimu
Ratusan purnama cinta kita kembali lagi
Ratusan purnama cinta kita kembali

Wednesday, March 2, 2016

Taman Botani Seri Medan Batu Pahat Johor

March 02, 2016
Hari Sabtu baru ni aku berkesempatan ke Taman Botani Seri Medan yang terletak di Batu Pahat Johor. Dah alang-alang aku pergi Kluang , akak aku ajak la berjalan ke sini. Padahal makcik tu bukan sihat sangat tapi bila bab2 berjalan,terus sihat. *saborjelah . Kononnya nak pergi Pesta Layang-layang Pasir Gudang tapi cancel la sebab abg ipar aku takde . Siapa nak drive kan. Suruh aku memang tak ah sebab memang confirm sibuk kat situ.


Dalam dua jam jugak la dari Kluang tu. Rasanya tak jauh mana pun.Tak taw kenapa tiba-tiba jalan Kluang jem. Haha. Menurut yang aku baca, Taman Botani Seri Medan ni asalnya bekas lombong bijih. Tapi dah dijadikan Taman Botani untuk penduduk setempat berekreasi. Cantik permandangan dia.


Tiada bayaran yang dikenakan. Percuma sahaja. Sampai je memang dah teruja nampak payung yang tergantung ni. So memang terus snap gambar. Masa ni tak ramai sangat sebab tu selfie je memanjang. Haha.


Ni tasik yang cantik tu. Ingatkan Tasik Dayang Bunting Langkawi tadi. Tapi serius cantik dan tenang. Ada jeti jugak kat sini tapi sayangnya di tutup sementara untuk proses baikpulih kot. Sebab tengok pun dah uzur semacam.


Cantik kan?Tenang. Tapi air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Hoho.

Tengah feeling konon kat Langkawi. Haha.


Bila jalan ke hadapan sikit ada satu tempat yang cantik. Tak tahu la nak namakan apa. Tapi rasanya bahagian landskap Johor dah arahkan setiap daerah hias kot. Cantik.




Ni salah satu landskap yang ada kat taman ni. Semua cantik dan kreatif sangat orang yang wat ni.



So siapa2 yang dah bosan jalan kat mall boleh la relax2 kan minda datang sini. Kalau datang sambil berjoging lagi bagus.heee.


Last dari Cik Renex. Haha.

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡