Tulang rusuk takkan tertukar. Dont worry !

December 08, 2011 C i k R e n e x 5 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.






Sahabat A: Aku dengar, orang yang kau sangat cintai itu tak balas cinta kau.
Sahabat B: Ya.
Sahabat A: Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?
Sahabat B: Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya. Mungkin dia tak ditakdirkan untuk aku. Mungkin ada jodoh yang lebih baik dari aku untuknya.
Sahabta A: Ya betul tu. Dan Allah SWT sudah sediakan jodoh yang terbaik buat kau. Bersabarlah sahabatku.


La Tahzan andai cinta ditolak. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah SWT sudah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Tulang rusuk takkan tertukar.

copy from Kisah Wanita

5 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Perlu ke sekufu?

December 07, 2011 C i k R e n e x 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



Hari itu aku ada menonton rancangan Semanis Kurma di channel tv9.Tajuk yang sangat best iaitu "Perlukah Sekufu".Tetamu nya adalah Suhaimi ,Ina Naim dan Ustaz Badli Shah.

Perlukah sekufu dalam memilih pasangan masing2?Bagi aku semua orang ingin mencari orang yang sempurna dan serasi bersama.Tapi kita mesti sedar yang perkahwinan ini saling melengkapi antara satu sama lain.Bagi aku kalau dah semuanya serasi bersama,berkongsi minat yang sama agak membosankan kot.Tak mencabar bagi aku.Hehe.:)


Ada seorang pemanggil bertanya mengenai mencari jodoh yang sekufu.Pemanggil tersebut memiliki Master dan kekasih hati memiliki Diploma.Kekasih hati dia mempunyai agama yang secukupnya dan keluarga di pihak gadis tersebut mcam tak bersetuju mengenai pilihan hati dia kerana tidak sekufu katanya.Pemanggil tu bertanya pendapat ustaz.Ustaz tu menjawab,agama yang penting dalam memilih pasangan masing2 bukan taraf pendidikan.Dan ustaz tu ade bagi tiga KUNCI yang penting dalam mencari calon suami selain AGAMA iaitu:

1)KUNCI RUMAH
2)KUNCI KERETA
3)KUNCI PEJABAT


Kita mesti faham yang sekufu atau tidak,tidak menjamin kebahagian sesebuah keluarga melainkan masing-masing tahu tanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab dengan betul.


Ustazah dan Ustaz ada berikan satu doa untuk diamalkan setiap hari:
"Surah yassin ayat 58,al fatihah ayat 5"

Mereka juga ada tinggalkan petua untuk memastikan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga iaitu mengamalkan HARMONI

H: Hormat menghormati antara satu sama lain
A:ambil berat,
R: Ramah mesra.
M:Makan bersama ada kber
O:Okay selalu.Jangan kejap2 KO,kejap2 OK.
N: NIkmat yang ada kena syukur.
I:Istiqamah dalam beribadat,membuat kebajikan,


"seorang suami yang baik adalah suami yang bukan sahaja memastikan isteri dan anak-anak kelaparan di dunia,tetapi memastikan mereka selamat dari api neraka"

so,renung2kan lah dan selamat beramal!

0 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)