Tuesday, December 13, 2011

Tunas Manja Bera musnah

December 13, 2011
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


ni officemates.ex officemates.Milah.Eni n samsul


Pasar raya musnah terbakar
11/12/2011 5:37pm


BERA — Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di pekan Kerayong di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut apabila ternampak asap dan api dipercayai dari kedai menjual cakera padat yang terdapat dalam pasar raya itu.

Beliau berkata, anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum dua jentera bersama 17 anggota dari balai bomba Triang dan Temerloh tiba 10 minit kemudian.

"Kedai-kedai lain yang terdapat dalam pasar raya terbabit termasuk kedai pakaian, kedai makan dan kedai cakera padat serta gelanggang futsal turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Zahid berkata, kerugian yang dialami pengusaha pasar raya dan tujuh peniaga di bangunan itu masih belum ditaksirkan tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, M. Manoharan berkata, 95 peratus bangunan itu hangus terbakar. - Bernama



Ini aku copy dari berita online Kosmo semalam.Ye!seperti yang anda baca tu Tunas Manja Bera terbakar.Tempat aku kerja first2 selama setahun.Kejadian berlaku awal pagi dan kawan aku beri sms dalam jam 5pgi.Memang terkejut habis bila baca sms dari kawan tu sebab tak sangka akan jadi macam tu.

ini la pekerja yang tak suka duk ofis dan merayau2.:)

Malam selepas kejadian tu aku pergi melawat kawan2 lama aku.Sampai2 aku rasa sebak sebab tempat aku menimba pengalaman berkerja,tempat aku dapat ramai kawan dan tempat aku berkasih sayang ni hancur musnah dijilat api.Memang tak sangka jadi mcm ni.

ni masa celebrate besday fadli :)

milah-super senior :) 

adik kesayangan aku ni.dia bakal transfer ke Jerantut wat sementara.sedihnyeee xdpt jumpa dieorang da

Lepas ni nak shopping kat mana lak ek.Aktif la Pasaraya Aktif selepas ni.Huhuhu.



Thursday, December 8, 2011

Tulang rusuk takkan tertukar. Dont worry !

December 08, 2011
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.






Sahabat A: Aku dengar, orang yang kau sangat cintai itu tak balas cinta kau.
Sahabat B: Ya.
Sahabat A: Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?
Sahabat B: Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya. Mungkin dia tak ditakdirkan untuk aku. Mungkin ada jodoh yang lebih baik dari aku untuknya.
Sahabta A: Ya betul tu. Dan Allah SWT sudah sediakan jodoh yang terbaik buat kau. Bersabarlah sahabatku.


La Tahzan andai cinta ditolak. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah SWT sudah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Tulang rusuk takkan tertukar.

copy from Kisah Wanita

Wednesday, December 7, 2011

Perlu ke sekufu?

December 07, 2011
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



Hari itu aku ada menonton rancangan Semanis Kurma di channel tv9.Tajuk yang sangat best iaitu "Perlukah Sekufu".Tetamu nya adalah Suhaimi ,Ina Naim dan Ustaz Badli Shah.

Perlukah sekufu dalam memilih pasangan masing2?Bagi aku semua orang ingin mencari orang yang sempurna dan serasi bersama.Tapi kita mesti sedar yang perkahwinan ini saling melengkapi antara satu sama lain.Bagi aku kalau dah semuanya serasi bersama,berkongsi minat yang sama agak membosankan kot.Tak mencabar bagi aku.Hehe.:)


Ada seorang pemanggil bertanya mengenai mencari jodoh yang sekufu.Pemanggil tersebut memiliki Master dan kekasih hati memiliki Diploma.Kekasih hati dia mempunyai agama yang secukupnya dan keluarga di pihak gadis tersebut mcam tak bersetuju mengenai pilihan hati dia kerana tidak sekufu katanya.Pemanggil tu bertanya pendapat ustaz.Ustaz tu menjawab,agama yang penting dalam memilih pasangan masing2 bukan taraf pendidikan.Dan ustaz tu ade bagi tiga KUNCI yang penting dalam mencari calon suami selain AGAMA iaitu:

1)KUNCI RUMAH
2)KUNCI KERETA
3)KUNCI PEJABAT


Kita mesti faham yang sekufu atau tidak,tidak menjamin kebahagian sesebuah keluarga melainkan masing-masing tahu tanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab dengan betul.


Ustazah dan Ustaz ada berikan satu doa untuk diamalkan setiap hari:
"Surah yassin ayat 58,al fatihah ayat 5"

Mereka juga ada tinggalkan petua untuk memastikan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga iaitu mengamalkan HARMONI

H: Hormat menghormati antara satu sama lain
A:ambil berat,
R: Ramah mesra.
M:Makan bersama ada kber
O:Okay selalu.Jangan kejap2 KO,kejap2 OK.
N: NIkmat yang ada kena syukur.
I:Istiqamah dalam beribadat,membuat kebajikan,


"seorang suami yang baik adalah suami yang bukan sahaja memastikan isteri dan anak-anak kelaparan di dunia,tetapi memastikan mereka selamat dari api neraka"

so,renung2kan lah dan selamat beramal!

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡